Saturday 10 November 2012

Chapter 1



Nama ku So Yeon,Omma yang bagi nama tu tapi Omma da tak de . Tahun ni umur ku baru 18 tahun.Mungkin pendapat orang , orang semuda aku tidak patut bekerja di Mall sebagai Mascot Bear tapi aku nak bantu appa . Appa kerja sebagai penjual ubi keledek.Yang pasti,semua ubi keledek tu bukan appa yang puya,itu semua kawan appa yang suruh jual.Hasil jualan akan appa terima setengah daripada tu .Jadi memang tak cukup aku nak teruskan belajar.Kerja dekat Mascot bear pon okey sehari boleh aku beli barang-barang dapur selebihnya aku simpan sebab aku nak bukak kedai Mascot Bear sendiri.Waktu tu aku tak boleh bayangkan beratus-ratus maskot bear ada,itik,ayam,lembu, auwwww kaya la aku nanti.Kihkihkih.Hari ni tahun baru,Jadi aku dah berazam nak buat semua benda yang baru.

"Tok tok tok "

Bunyi ketukan dari arah pintu telah mengejutkan soyeon yang dari tadi bercakap seorang diri di tingkap . Soyeon terus berlari ke arah pintu untuk membuka pintu .

"Selamat pagi,Soyeon.Appa dah nak pergi kerja ni.Sarapan appa dah buat . Jangan lambat pergi tempat kerja okey.Appa pergi dulu" kata Appa Soyeon sambil tangannya mengusap kepala anak perempuannya itu .

Soyeon hanya tersenyum lalu mengganguk tanda faham akan apa yang diperkatakan oleh appanya. 


"Baru puku 7 .. eh,eh,pukul 7 dah !! Alamak aku dah lambat ni !! " jerit Soyeon seorang diri lalu dia berlari tidak ubah seperti Usain Bolt kerana dia telah lambat ke tempat kerja .

Selepas beberapa minit  . (Perjalanan ke Mall)

"Wah,mereka semua sudah hendak masuk sekolah" kata Soyeon dengan sayu apabila melihat remaja-remaja lain yang sebaya dengannya menuju ke dalam sekolah.Kelopak matanya tidak mampu menahan air mata lalu mengalir ke pipi Soyeon . Soyeon cepat mengelap air matanya .Lalu dia mengayuh basikalnya.

"Eh,eh,eh,apa pulak niii" basikal hilang kawalan dan hampir sahaja menuju ke arah semak samun.

"Susah betul ada basikal second-hand ni .. " rungut Soyeon sambil tangannya membetulkan rantai basikal yang jatuh .

"Kenapa tak boleh niii !! .."kata Soyeon sambil kakinya laju menyepak basikalnya,dan basikal itu telah jatuh . Tanpa Soyeon sedari ada mata-mata yang sedang memerhatikannya .

"Boleh saya bantu " kata seseorang sambil memegang bahu Soyeon .

"Errr,tak pe tak pe tak pe .... " kata Soyeon terpegun melihat lelaki dihadapannya itu.Tingginya mungkin 184 cm mukanya sangat kacak dan comel . Bau perfume sangat wangi mungkin jenama dari luar negara .

"Haha,mesti awak lambat nak pergi kerja kan.Jom tumpang saya.Oh,lupa nama saya Minho.Salam perkenalan."kata lelaki itu sambil tanganya menarik tangan Soyeon yang masih terkebil-kebil.

' Ahhhh,lembutnya tangan lelaki nii ' kata Soyeon didalam hati .

"Awak kerja di mana"kata lelaki yang bernama Minho itu .

"Sa...ya..sa..ya... ker...ja..ker..ja...di Mall yang dihadapannya ada kedai Cake besar tuu"kata Soyeon sambil matanya memandang kakinya . 


"Oh,maknanya kita satu jalan la ni.Saya kerja di kedai cake tu . Nama awak apa ye ? " kata Minho sambil menghadiahkan senyuman kepada Soyeon .

'Apa ni ! Janganlah senyum,senyum awak tu macam Matahari,hati saya macam aiskrim bila kena cahaya matahri confirm cair..Please jangan senyum lagi muka awak sangat comel.Mata awak lagi laaa ' Soyeon berkata seorang diri.

"Awak ? " kata Minho sambil membuat muka pelik.Dan dan dan muka peliknya sangat comel !!!

"Ye...ye.."

"Nama awak apa ? "

"Soyeon "

"Sedap nama awak . Kita dah sampai . "

"Gomawo Minho ."kata Soyeon sambil membuka pintu kereta lalu lari menuju ke dalam mall .

"Awak,awak nak number phone ! " kata Minho sambil mengeluarkan kepalanya dari tingkap kereta.

"Saya tak de phone . "

"Huh, comel betul budak tu ."

Tercungap-cunggap Soyeon ketika sampai di hadapan tempat kerjanya.

"Maafkan saya ,saya lambat sikit."kata Soyeon lalu menundukkan kepalanya kepada majikannya.

"Tak pe,bukan selalu pon awak lambat.Hari ni ada sesuatu untuk awak."

"Apa dia ? "

"Tengok dalam kotak tu."kata Majikan Soyeon sambil jari telunjuknya menujuk 

arah kotak yang di maksudkannya.

Soyeon mengganguk lalu menuju ke arah kotak itu ....

*******

2 comments:

Komen la Unnie/Oppa